Monday, February 24, 2014

Bila Hujung Minggu★AISYA

Hai,
Slasher disini,

Aku ni memang susah sikit nak update blog,maafkan aku ya.

Aktiviti hujung minggu aku jogging,tak ada tempat lain dekat Taman Tasik Pemaisuri je,ayah aku yang jadi driver tolong hantar.

Orang selalu kata,jogging ni nak menguruskan badan tapi aku jogging ni bukan sebab nk kuruskan badan, tapi nak maintain kan badan dan nak ajar badan untuk tak bangun lambat or mengajar badan untuk tak terlalu rilek sangat nanti bila ada kena buat kerja berat sikit mula lah nak sakitnya.



Dibawah rumah,sambil menunggu ibu.Bersedia nak pergi jogging.Mata cuba dibuka sebesar yang boleh baru bangun tidur lah katakan.No makeup!!(OwO)Y



Simple style for jogging..ambil gambar dalam tandas bak kata member aku 'Toilet Revolution'



Masa jogging terserempak dengan pelajar-pelajar SMK Bandar Tun Razak dengan MBSSKL tengah merentas desa dekat Taman Tasik Permaisuri..Semua pelajar nampak cool je..buat rilek buat peace!



Muka lepas habis jogging..Sejujurnya muka dah berpeluh sangat tapi aku edit sikit bagi tak nampak ketara sangat..123 SMILE


Hope semua sentiasa bersenam bukan untuk sesiapa tapi untuk diri sendiri tak perlu selalu. sekali seminggu pun dah cukup.kot.(kalau nk bersenam untuk seseorang pun tak apa asalkan bersenam)



PEACE and Shi~~I~Yu

Tuesday, February 4, 2014

the Best GIFT★Aisya

Hai!!


Sekarang ni,Aisya nak bercerita pasal keluarga Slasher// pulak..

Firstly,mestilah cerita pasal ibunda kesayangan atau panggilan manja ibu~~
gambar ni masa Aisya and family nk lawat ke rumah abang...muka ibu tak berapa nk ready lagi..
kebelakangan ni ibu asyik sakit...hope ibu sentiasa sihat hingga Aisya dah ada keluarga baru..uhuk gatal pulak..


 Then tentang ayah and my sister

 ramai yang tak sangka ni kakak Aisya...so Aisya nak bagitahu this is my sister walaupun sometime Aisya tak mengaku dia kakak Aisya hehe..dan itu suami kepada ibu saya a.k.a. ayah Aisya yang selalu bergaduh disebabkan berebut TV...selalunya Aisya geng dengan ibu nak tengok citer korea ayah lah yang selalu kalah sebab 1 lwn 2 hehe...tapi kadang-kadang Aisya terpaksa mengalah dengan ayah...PERHATIAN kadang-kadang je hehe


last sekali,Abang saya,

gambar ni je yang tinggal,gambar lain dah terbuang...abang Aisya seorang yang setia,untung siapa dapat die, apa orang masak dia makan je tak banyak komen melainkan orang suruh komen,boleh mengguris hati huhu..
nampak tak aksesori handphone abang Aisya, tu couple die yang kasi sampai buruk jadi nya...



Dah berakhir sudah cerita tentang family Aisya,tak sempurna macam yang diharapkan ramai..tapi gembira..semoga tiada apa-apa bencana berlaku kepada keluarga kami dan keluarga pembaca Amin~~


PEACE and Shi~~I~yu

Thursday, January 30, 2014

Kelahiran Blog ★Aisya

Hai!

Mula-mula buat blog ni memang dah buat betul-betul dan berhati-hati,
punya bangga sebab buat cantik sangat.. sampai berjam-jam buat tak terasa,
yang buat Aisya nak campak komputer  ni bila semua usaha Aisya hilang
macam tu je..baru terasa yang Aisya buat blog ni teramat lama..


Akhirnya kebanggan tu hilang macam tu je...Aisya kena buat blog ni semula,
nak buat pun dah macam tak ikhlas dah..Kemudian lahir blog ni yang dinamakan
SLASHER// ..comel tak???


Itujelah cerita pasal Kelahiran Blog ni!
PEACE and *Shi~iyu~~
*see you